Peserta
Kongres Belia Kebangsaan (KBK) kali kedua diraikan dengan Majlis Makan
Malam yang berlangsung Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Hadir
selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji
Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji
Abidin.
Majlis
dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti
dengan sesi kongsi sama dengan Founder and President 77th Street (s) PTE
LTD, Dayang Elim Chew, penceramah jemputan dari Singapura yang telah
menyampaikan ceramah bertajuk "Youth as Game Changer – Promoting Youth
Participation and Community Change".
Majlis
juga diteruskan dengan Youth Entrepreneur Talk yang disampaikan oleh
EICO Founder / Lead Organizer for Startup Weekend Brunei and ASEAN
Ricebowl Startup Awards Brunei, Awang Afiq bin Mohammed; dan Creative
Group Brunei Darussalam, Dayang Nazurah binti Salleh yang turut
diberikan peluang untuk mengongsikan pengalaman masing-masing melalui
sesi bual bicara "Youth Talk".
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada para penceramah.
KBK
telah berjaya menarik lebih ramai penyertaan belia dari pelbagai latar
belakang kumpulan yang terdiri dari golongan profesional muda dari
sektor awam dan swasta; ahli-ahli yang aktif di dalam Majlis-majlis
Pelajar di institusi-institusi pendidikan; pergerakan-pergerakan dan
badan-badan bukan kerajaan (NGO); lepasan graduan dan pencari-pencari
kerja; penuntut-penuntut yang mencapai kecemerlangan di dalam bidang
akademik dan ko-kurikulum termasuk golongan individu berkeperluan khas.
Kongres
ini di hasrat akan dapat menghasilkan resolusi yang mantap dan luas ke
arah menangani cabaran yang dihadapi oleh pelbagai belia dalam tiga isu
utama yang diketengahkan pada kali ini.
Turut
hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara,Yang Berhormat Awang Iswandy
bin Ahmad; Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet),
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohd Amirrizal
bin Pengiran Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan
Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin;
Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan;
Dr. Chin Wei Keh; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan
Kesukanan), KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji
Said.