Sign In
Mobirise Website Builder

    Belia adalah komponen penting dalam usaha ke arah pembangunan negara yang juga merupakan "stakeholder" yang dinamik untuk survival bangsa dan negara.  Selaras dengan Wawasan Brunei 2035 yang turut membangkitkan belia sebagai komponen utama ke arah mencapai matlamat wawasan ini.

    Sebelum ini, Kongres Belia Kebangsaan telah julung kali diadakan pada tahun 2008 yang mana telah tertumpu kepada isu-isu kepimpinan, pengurusan belia, pengangguran belia, keusahawanan, program-program belia yang relevan untuk menarik minat belia terlibat dalam pergerakan belia.  Lima isu telah dibincangkan semasa kongres tersebut iaitu Belia dan Kepimpinan, Belia dan Masyarakat, Pekerjaan dan Latihan, Peranan NGO's dalam Pembangunan Belia dan Negara, dan Peluang Keusahawanan di kalangan Belia.

    Pada kali ini dan sebagai langkah pembaharuan, Kongres Belia Kebangsaan 2019 akan difokuskan kepada empat perkara (main concerns) yang dipandang memainkan peranan paling signifikan dalam prospek kehidupan seharian para belia pada ketika ini yang mana adalah berdasarkan kepada penemuan awal (preliminary findings) hasil daripada questionnaire mengenai rebiu Dasar Belia Negara yang dilaksanakan oleh Centre for Strategic and Policy Studies dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi sample seramai 3000 orang belia pada bulan Disember 2018 sehingga Januari 2019. Keempat-empat perkara berkenaan yang mana juga akan dijadikan sebagai topik-topik perbincangan utama adalah:

    1. Pekerjaan (Employment)
    2. Keusahawanan (Entrepreneurship)
    3. Future ready youth
    4. Penglibatan Belia (youth participation)

MATLAMAT

    Matlamat utama kongres pada kali ini adalah seperti berikut: 

    • Mengongsikan preliminary findings terhadap kajian dan usaha pengemaskinian Dasar Belia Negara termasuk strategi-strategi teras (core strategies) bagi pembangunan belia secara mapan yang mana disasarkan untuk dilancarkan semasa sambutan Hari Belia Kebangsaan pada 1 Ogos 2019.

    • Menjadi wadah (platform) bagi belia untuk mengongsikan pendapat serta concerns kaum belia secara teratur (structured) dan menyumbangkan buah fikiran bersama dengan policy makers terhadap cadangan jalan-jalan penyelesaian (solusi) terhadap cabaran pembangunan belia kearah mencapai WAWASAN 2035; dan

    • Resolusi-resolusi yang dikemukakan akan diselaraskan dengan strategi-strategi teras (core strategies) di dalam Dasar Belia Negara agar ianya benar-benar memenuhi hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia agar apa-apa jua usaha yang dilakukan hendaklah menggunakan kaedah Whole of Nation.




 

kongres register.jpeg